Adakah kita masih bergantung kepada bahan kimia?

  • Melalui pelbagai penggunaan baja kimia bagi mempercepatkan dan meningkatkan tuaian sebagai sumber makanan.
  • Melalui pelbagai penggunaan bahan kimia tambahan untuk menambah-baikan rasa makanan dan pengawetan
  • Melalui penambahan agen semula kimia untuk memulihkan air minuman kerana alam sekitar
  • Kita seharusnya mempertimbangkan semula akan bahaya akibat dari produk kimia.

Planet kita menderita dari pelbagai pencemaran termasuklah pencemaran air seperti akuakultur, industri, elektronik, dan sebagainya. Pencemaran udara dari industri petrokimia, janakuasa, pembakar, dan sebagainya. Pencemaran tanah seperti baja kimia, racun perosak, logam berat dari produk elektronik dan sebagainya. Ini bukan berkenaan isu alam sekitar sahaja, malahan menggugat sistem pemakanan kita yang mengandungi pelbagai bahan toksik. Seperti racun perosak dan baja kimia yang masih terkandung dalam produk pertaninan; antibiotik dan hormon dari produk daging; logam berat dan toksik kimia di dalam air minuman. Kesemua ni mampu mengancam kesihatan kita.

Oleh itu, kita seharusnya mempertimbangkan semula model ekonomi pertanian kta. Jika sebaliknya, kita akan membiarkan persekitaran bertoksik dan memusnahkan sumber untuk generasi masa hadapan. Sekiranya kita menggunakan sumber semulajadi dengan selewengnya, alam sekitar akan membalas semula dengan mengakibatkan pelbagai malapetaka.

Picture4

Atas peningkatan permintaan sumber makanan, manusia tanpa batasan mengekstrak jisim organik dari tanah. Digandingkan dengan baja kimia, manusia tidak lagi menggunakan baja organik yang mana mengembalikan jisim organik ke tanah. Akibatnya, berlakunya penurunan tanah dan desertifikasi.
Tahap kesihatan tuaian akan terjejas sekiranya tanah tidak subur secara organik. Akibatnya, lebih banyak baja kimia dan racun perosak yang akan digunakan untuk menanam. Seperti mana kita memerlukan ubat-ubatan tatkala kita kekurangan nutrien dan terdedah kepada penyakit. Penggunaan baja kimia dan racun perosak yang berlebihan boleh mengakibatkan pengumpulan bahan toksik kimia di dalam tubuh kita yang membawa kita kearah pelbagai penyakit.

Selanjutnya, kita terlupa bahawa bahan asas bagi baja organik adalah sisa organik. Kita hanya mengambil kira sisa organik sebagai sampah ketika dahulunya. Ini mengajikan tanah kita tandus dan mensia-siakan sumber sisa yang boleh digunakan semula.

Picture3

 

Terdapat pelbagai baja kimia komersial di pasaran. Walaupun harga baja semakin meningkat, kita masih memerlukannya bagi penghasilan pertanian dan pembangunan. Ianya juga situasi yang tak dapat dielakkan bagi para petani. Sementara para petani masih dalam pertimbangan diantara baja kimia dan baja organik, kecekapan pengeluaran adalah yang paling menjadi pilihan utama. Namun akhir ini, para petani menghadapi isu baru. Sekalipun jumlah penggunaan baja adalah sama, namun, pengeluaran adalah tidak seperti dulu. Ada diantara mereka yang meragui kandungan baja, namun punca utama adalah tanah yang digunakan kekurangan jisim bahan organik (lihat imej di kanan). Tanaman juga seperti manusia, perlukan nutrien untuk meneruskan kehidupan. Namun tanaman juga mempunyai kelemahan yakni ketiadaan sistem penghadaman seperti manusia yang mana membantu kita untuk menguraikan molekul besar kepada molekul kecil yang mudah diserap. Oleh kerana itu, tanaman memerlukan mikro organisma ataupun enzim untuk menguraikan molekul nutrien. Baja organik yang baik adalah diperbuat daripada jisim organik yang diuraikan dengan baik, oleh itu ianya kaya dengan nutrien molekul kecil. Namun, baja kimia adalah daripada kompoun tidak boleh urai, maka setelah tanaman dibajai, tempoh penguraian mikrob bagi tanaman haruslah ditunggu sebelum ianya diserap. Inilah sebabnya kandungan bahan kimia dilabel sebagai NPK yang tinggi dan nutrien yang lain, namun begitu, tidak semudah itu, bagi tanaman untuk menyerap nutrien. Ini kerana baja kimia kekurangan elemen yang penting yang diperlukan oleh kebanyakan tanaman.

Kos operasi Mesin Baja Bebas Kompos Buatan Sendiri

Bahan:Kos untuk membeli 100kg bahan mentah, mengambil kira kegunaan umum baja DIY
 sebagai contoh : 60kg baja ayam 30kg daunan =USD 5.00
EnzimTambahkan 3kg Enzim DIY (2%) x 4.00 USD/kg = USD 12.00
KuasaPenggunaan 0.75kW x 1.5 jam x 0.22USD/kWh = USD 0.24
Bahan ApiPenggunaan 1kg bahan api (LPG, diesel) x 0.82USD/kg = USD 0.82
ProdukDapatkan 100kg baja organik,dengan kos 0.19 USD/kg

Nota: Sisa memerlukan rawatan di negara-negara maju tapi ianya sangat berharga untuk dijual di negara-negara membangun.

Jadual Perbandingan Baja Organik Komersial dan Baja CFT DIY


Nota: Baja organik yang disenaraikan hanyalah sebagai rujukan, sila dapatkan syarat harga pasaran untuk perbandingan

4 Kelebihan Mesin Baja Buatan Sendiri CFT

ØSelamat: Segalanya boleh dikawal oleh anda dari kemasukan/input hinggalah ke keluaran/produk

Dengan petani sendiri yang mengitar semula sisa organik mereka seperti bahan mentah dan memproses sendiri tanpa bahan kimia, ini menjadikan baja yang terhasil lebih dipercayai untuk digunakan

ØEkonomik: Mengurangkan kos pertanian organik

Label pada baja organik komersial adalah selalunya menganggu bahan mentah. Ini menjadikan para petani susah untuk membezakan kualiti baja. Atas sebab keuntungan, pengusaha baja telah menggunakan pelbagai fasa sains dan teknikal dalam pemasaran baja mereka bagi tujuan peningkatan harga. Sebenarnya, mengembalikan keberkesanan baja yang sebenar adalah dasar yag terbaik dari segi keberkesanan dan pengurangan kos.

ØSelamat untuk alam sekitar: Menyelesaikan issue pelupusan sisa

Industri ternakan selalu melepaskan baja ke sungai, yan mengakibatkan pencemaran sungai yang kritikal dan masalah kesihatan. Sekiranya masalah kitaran semula sisa, maka isu alam sekitar dapat diperbaiki.

ØKeberkesanan: Memperbaiki keadaan tanah

 

Baja organik mengandungi elemen yang penting untuk pertumbuhan tanaman, ianya juga mampu untuk mengaktifkan tanah dan memperbaiki kadar penyerapan nutrien bagi tanaman